Sunday, November 27, 2011

kuihhh aku jaaa

Donut Coklat


Salam... 

N3 tertunda ni... aku buat donut coklat ni hari Jumaat (19.03.2010).

Terlebih rajin, bukan aje buat bentuk donat biase2 tu, siap buat bentuk LOVE lagi tu... bukan itu aje pulak... siap suntik dalam 'perut' donut LOVE tu dengan fresh krim yang ada siap dipukul dalam peti es tu. Eheheee... 


Cuba resipi baru ni... (rasenye le...) amik kat blog Ita. Ita ade tambahan letak water roux kat dalam adunan donut dia. Aku tak berkesempatan nak wat water roux tu. Maybe next time la... suker jugak nak cuber next time tu... next time yang tak taulah bile,kan... hiks!!

Bahan-bahan

200g tepung roti 
20g gula
 
1/2 sudu kecil garam
 
1 sudu kecil dry yeast
 
40 g water roux - .
 
100ml susu segar
 
20g butter (ita guna shorterning lebih gebu) - 

minyak masak untuk menggoreng
coklat bar kacang atau manik hiasan - 

Cara-cara
 

*ita guna home bakery so pilih menu dough. 


1.Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau....)
2.Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.
3.Masukkan pula butter 
4.Uli sehingga tak melekat ditangan
 
5.Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda

6.Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik. 7.Bahagikan kepada 8 bahagian. Rehatkan selama 5-6 minit
8.Terap menggunakan donut cutter 
9.Penaikkan lagi sehingga 1.5 kali ganda. ( kalau tak sabar tak buat step yang ni pun ok)
 10.Goreng dengan api sederhana sehingga nampak perang. Sekali-sekala perlu dibalik-balikkan supaya betul-betul masak.

Step untuk coklat ganache 


1. coklat bar dan susu satu sudu di panaskan didalam microwave dalam 10 -15 saat atau hingga cair. @ double boil hingga cair.
 
2. Letakkan coklat dia atas donut tersebut dan hiaskan dengan hiasan yang disukai.

No comments:

Post a Comment